LAWATAN EKSA KE JKR HULU TERENGGANU
Pada 14 Mac 2017, JKR Besut telah membuat lawatan EKSA ke JKR Hulu Terengganu. Tujuan Lawatan adalah untuk mendapatkan penerangan dan penjelasan mengenai prosedur serta kriteria-kriteria yang perlu dilaksanakan untuk ke arah Pensijilan EKSA. Lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai pengenalan dan pelaksanaan EKSA yang disampaikan oleh En. Wan Rasyidi bin Wan Abd Ghani selaku setiusaha jawatankuasa pelaksana EKSA JKR Hulu Terengganu. Selepas itu rombongan di bawa melawat sekitar bahagian dan unit bagi melihat suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA di jabatan tersebut.