PROGRAM FTROADPEDIA

Ditulis pada .

Pada 24 Februari 2017 berlangsung majlis acara perasmian penutup bagi program FTRoadpedia Zon Timur di Marina Duyong Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya YB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof.

Majlis turut diiringi oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Mat Taha, Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu, Ir. Md Hamid bin Md Daud serta semua Jurutera Daerah negeri Terengganu termasuk Jurutera Daerah JKR Besut, Ir. Mohamad Alwi bin Mat Zin.

MAJLIS PERHIMPUNAN KAKITANGAN JKR BESUT BULAN JAN & FEB 2017

Ditulis pada .

Pada 9 Febuari 2017 telah berlangsung Majlis Perhimpunan Kakitangan JKR Besut bagi Bulan Januari & Febuari 2017 di Bengkel JKR Besut Gong Medang. Majlis tersebut dihadiri oleh semua kakitangan bagi mencapai tujuan mengeratkan hubungan silaturahim. Majlis dimulakan dengan Senamrobik dan seterusnya ucapan wakil daripada kakitangan bagi meningkatkan keyakinan diri. Seterusnya ikra Akur Janji dan penyampaian sijil penghargaan untuk kakitangan. Akhir sekali aturcara meraikan kakaitan yang menyambut kelahiran bulan Januari dan Febuari.

MAJLIS PENYERAHAN 3 IN 1 MASJID KG. NYIOR TUJUH BESUT

Ditulis pada .

 Pada 31 Januari 2017 jam 11.30 pagi, satu sesi penyerahan Masjid Kampunga Nyior Tujuh Besut telah berlangsung, di mana majlis penyerahan tersebut telah dihadiri oleh Y.B Dato' Nik Nasarudin bin Moha Zawawi, Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu, Ir. Mohamad Alwi Bin Mat Zin, Jurutera Daerah JKR Besut, Pegawai Pejabat Agama Daerah Besut dan Pegawai-pegawai Kanan dari Ibu Pejabat JKR Terengganu.

Masjid ini yang dapat menampung jemaah seramai 500 jemaah dalam satu masa. Kos pembinaan keseluruhan masjid ini adalah sebanyak RM2.454 juta dan berjaya mencapai sasaran penyiapan 3 dalam 1 (Serahan, Lukisan Siap Bina dan SOFA).

Acara kemuncak adalah gimik penyerahan dokumen dan replika kunci sebagai tanda simbolik penyerahan masjid oleh Jurutera Daerah JKR Besut kepada Pegawai Kemajuan Negeri dan seterusnya penyerahan kepada pemilik iaitu Pejabat Agama Besut. 

Turut hadir dimajlis tersebut ialah wakil kontraktor  ABRIS Enterprise, Ahli Jawatankuasa Masjid dan juga kakitangan JKR Besut.