BENGKEL PENYEDIAAN LAPORAN KIK

Ditulis pada .

Pada 06 September 2016 satu bengkel Penyediaan Laporan Kumpulan Inovasi & Kreatif (KIK)  yang disampaikan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah diadakan di Bilik Syarahan JKR Besut. Antara peserta yang terlibat adalah akli kumpulan KIK semua JKR Daerah di Terengganu.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KILANG PADI DAN BERAS (FASA : KERJA TANAH) BERSAMA CPC, LSB & SOFA

Ditulis pada .

Pada 26 Mei 2016, Majlis Penyerahan Projek Kilang Padi dan Beras Untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (ppk) Gerai, Terengganu (fasa 1: Kerja Tanah) bersama CPC, LSB & SOFA telah diadakan bertempat di tapak projek tersebut. Majlis tersebut disempurnakan dengan penyerahan projek tersebut keada Bahagian Pengurusan Projek 4 Cawangan Kerja Bangunan Am, JKR Malaysia.

Projek Kerja Tanah bermula pada 10 Ogos 2015 dan telah siap pada 19 Mei 2016. Projek ini menelan kos sebanyak RM 2,834,607.51 dan dilaksanakan oleh kontraktor utama iaitu Harta Pangsa Sdn Bhd. 

LAWATAN PRA-AUDIT PENSIJILAN AMALAN EKSA

Ditulis pada .

Lawatan Pra -Audit Pensijilan Amalan EKSA telah diadakan pada 16 Mei 2016. Juruaudit telah menjalankan auditan kesemua zon di JKR Besut. Tujuan utama audit ini dilaksanakan adalah bertujuan menilai tahap pelaksanaan serta tindakan yang telah dibuat sepertimana yang dirancang.