TAKLIMAT DAN PELANCARAN EKSA JKR BESUT
Majlis Perasmian Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (eksa) - Jabatan Kerja Raya Besut telah disempurnakan oleh Puan Maria Binti Marcus Jurutera Daerah JKR Besut pada 12 Ogos 2015 di Bilik Mesyuarat Utama JKR Besut. Dalam ucapan perasmian, Jurutera Daerah menyaran agar semua warga JKR Besut menjadikan amalan 5s( EKSA) sebagai agenda utama. Beliau juga berharap agar amalan 5s terdahulu dapat diamalkan semula, Beliau sekali lagi berharap agar JKR Besut akan memperolehi Persijilan EKSA seperti yang dirancang. Majlis kemudian menjemput En. Aziz dari Pejabat Tanah Setiu untuk memberi taklimat EKSA kepada semua kakitanga JKR Besut.