Pada 18 April 2017 jam 12.30 tengahari, satu sesi penyerahan Jambatan Baru Menggantikan Jambatan Bailey, Kg Gong Jaga Besut Terengganu telah berlangsung, di mana majlis penyerahan tersebut telah dihadiri oleh YB Dato' Muhammad Pehimi Yusof, EXCO Pertanian, Ir Ab Hamid bin Md Daud, Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu, Ir. Mohamad Alwi Bin Mat Zin, Jurutera Daerah JKR Besut, Pegawai daripada UPEN dan Pegawai-pegawai Kanan dari Ibu Pejabat JKR Terengganu.
Kos pembinaan bagi projek ini adalah sebanyak RM3.331 juta dan berjaya mencapai sasaran penyiapan 3 dalam 1 (Serahan, Lukisan Siap Bina dan SOFA).
Acara kemuncak adalah gimik memotong reben sebagai tanda simbolik penyerahan projek jambatan tersebut oleh YB Dato' Muhammad Pehimi Yusof.
Turut hadir dimajlis tersebut ialah wakil kontraktor NYIOR MANIS SDN. BHD, penduduk Kampung Gong Jaga dan juga kakitangan JKR Besut.