TAKLIMAT INTERGRITI KESELAMATAN RASUAH

Ditulis pada .

Pada 13 April 2017 satu taklimat berkaitan Intergriti Keselamatan Rasuah telah berlangsung di Bilik Syarahan JKR Besut. Semua kakitangan JKR Besut telah hadir untuk mendengar taklimat yang diberikan oleh En. Mohd Yusni Bin Yusof Pegawai Penguasa daripada SPRM Terengganu.

MAJLIS PENYERAHAN 3 IN 1 KERJA TANAH BAGI PROJEK PELANCONGAN AGRO REKREASI, KG. DARAU BESUT, TERENGGANU

Ditulis pada .

Pada 10 April 2017 jam 10.30 pagi, satu sesi penyerahan Kerja Tanah Bagi Projek Pelancongan AGRO Rekreasi Kg. Darau Besut Terengganu telah berlangsung, di mana majlis penyerahan tersebut telah dihadiri oleh YB Nawi bin Mohammad, EXCO Kemajuan Luar Bandar, Ir Ab Hamid bin Md Daud, Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu, Ir. Mohamad Alwi Bin Mat Zin, Jurutera Daerah JKR Besut, Pegawai daripada UPEN dan Pegawai-pegawai Kanan dari Ibu Pejabat JKR Terengganu.

Kos kerja tanah bagi projek ini adalah sebanyak RM1.631 juta dan berjaya mencapai sasaran penyiapan 3 dalam 1 (Serahan, Lukisan Siap Bina dan SOFA).

Acara kemuncak adalah gimik penyerahan dokumen sebagai tanda simbolik penyerahan projek kerja tanah oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu kepada Pegawai UPEN.

Turut hadir dimajlis tersebut ialah wakil kontraktor  TENANG SELALU CONSTRUCTION SDN BHD, penduduk Kampung Darau dan juga kakitangan JKR Besut.  

 

 

MESYUARAT AGUNG KELAB SUKAN & KEBAJIKAN KALI KE-30 SESI 2017

Ditulis pada .

Pada 28 Mac 2017 telah berlangsung satu Mesyuarat Agung Kelab Sukan Dan Kebajikan JKR Besut  Kali Ke-30 sesi 2017 di Bilik Syarahan Tingkat 2 JKR Besut. Mesyuarat dihadiri oleh 102 orang ahli kelab yang diketuai oleh Yang Di Pertua Ir. Mohamad Alwi bin Mat Zin. Majlis dimulakan dengan perbentangan laporan biro-biro dan diikuti dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa baru bagi sesi 2017/2018. Majlis dimeriahkan juga dengan cabutan bertuah untuk ahli-ahli kelab.